Manjanik pengimbang Mardi ibn Ali al-Tarsusi

Catatan bertulis jelas yang pertama mengenai manjanik pengimbang datang daripada Tarsusi yang menulis sebuah manual ketenteraan untuk Salahuddin al-Ayyubi sekitar tahun 1187. Beliau menggambarkan manjanik hibrid yang dikatakan beliau mempunyai kuasa pelepasan yang sama dengan jentera tarikan yang ditarik oleh 50 orang disebabkan "daya tetap, manakala manusia berbeza dalam kuasa tarikan mereka."(Tarsusi merekacipta manjaniknya supaya ketika ia dilancarkan ia memiringkan busur silang tambahan, kemungkinan untuk melindungi para jurutera daripada serangan, memperlihatkan kemahiran mekanikal beliau.)[3]

Dalam bukunya, Medieval Siege, Jim Bradbury[4] memetik secara meluas Tarsusi berkenaan mangonel dalam pelbagai jenis, termasuklah Arab, Parsi dan Turki, yang menggambarkan apa yang mungkin adalah manjanik, tetapi tidak memetik seperti di atas. Dalam On the Social Origins of Medieval Institutions,[5] terdapat kutipan lebih mendalam oleh Tarsusi dapat ditemui tentang pelbagai jenis manjanik.